February 18, 2011

Field Work : Day 1


Hari ni aku tekad untuk mulakan field work yang setelah sekian lama tertangguh-tangguh. Banyak kerja-kerja sampingan yang datang dan perlu disiapkan untuk kadar yang segera, maka terpaksa aku tunda kerja yang satu ini. Risau sebenarnya, sebab perlukan 300 responden dan research report ini perlu disubmit sebelum akhir bulan April! 

Masih banyak yang perlu diperbaiki, tapi aku masih belum ada mood untuk 'bertukang' lagi. Arghh! Mane mood ni .. cepat datang!

Actually, aku mahu kongsi kisah aku sebagai seorang pembuat survey (sory beb, tak jupe term yang seswai selain dari ini.keh3). Bangun pagi tadi, kepala ligat memikirkan apa tugas yang perlu aku lakukan hari ni. Aku siapkan diri sambil buat 'list to do' dalam otak. Jam 1030am aku keluar rumah dan menuju ke kedai alat tulis untuk membeli beberapa batang pen untuk para responden menjawab. Yelah, kang kat stesen komuter tu mane la orang nak bawak pen segala, kan? So kene prepare. Then aku readykan 20 set Questionnaire terus masukkan dalam beg aku and 20 buah souvenir (kenapa aku rase spelling ni macam hodoh? lantak ar, asal korang paham.) Okay, settled! 

So gerak menuju ke destinasi pertama, iaitu stesen komuter Batu 3, Shah Alam. Sebenarnye aku dah buat random pick untuk pilih stesen mana yang sepatutnya aku buat survey, tapi malangnya kertas map yang dah buat tu terbang melayang semalam masa aku terrrr'tinggal' buku nota aku atas bumbung kereta. Aduuhaii .. kene buat random sampling balik ar ni. Tapi sebab malas nak buang masa, aku buat je dulu Batu 3. ngee ..nanti ar buat balik.

Sesampai je aku kat stesen komuter tu, aku park kereta and make sure touch and go aku dibawa bersama. Susah kalau pakai tiket, sebab aku tatau nak ke stesen mane nanti. Rugi je kan. Dengan menggunakan touch n go, aku touch je untuk ke platform seberang dan bila dah setel 20 orang, aku balik ke platform asal. Free of charged! keh keh keh ..

Survey ..
Okay, aku sampai kt platform 1, terus approach 1 girl ni. Nampak macam student, so okla kot nak suruh die jawab Questionnaire aku. Then aku approach dua lagi gadis bertudung. Muka ayu ayu gitu, tak pasti kerjanya apa. Alhamdulillah, dorang beri respon yang baik. Bila nak approach orang sebelah gadis sorang tu, aku terhenti. Erk ..okay indon tak payah. So, aku pun jalan sana, jalan sini ..sementara tunggu diaorang jawab. Aku plan nak ke platform seberang sebab nampak ramai potential respondents .. ngee... Lagipun, bajet masa train dari Klang nak sampai adalah dalam setengah jam. So sempat la kot.

Happy!
Happy dapat Q. aku balik and happy dapat beri mereka penanda buku UM yang disponsor oleh Dr. Nurul. Sangat sweet! Tanpa membuang masa, aku terus ke seberang. Ramai student-student tengah tunggu train. So, tanpa merasa malu aku memberanikan diri approach geng gadis ni. Hehehe ..Serious blur gila nak buat ayat. Aku hentam aje! Pakai matric card so boleh meyakinkan orang untuk menjawab Q. tu nanti. ngee ..

Tik..tok..tik..tok...
Masa berjalan. Ada lagi 3 set tak buat. Train baru lepas. Tak de orang dah. Aku tunggu kejap. Jap lagi mesti ramai balik. This time, aku target Indian or non muslims pulak and oh, boys. kekeke ..asyik girls je dari tadi. Bias pulak result survey aku nanti. Pendekkan cerita, 20 orang settled untuk satu stesen. Tepat jam 12 tengah hari. Aku pun dah berpeluh-peluh. Panas! Penat! Lapar!

Respon ...
Herm .. Hampa jugak bila aku tengok jawapan jawapan yang diberikan oleh responden tadi. Banyak tak ikut arahan dan kalau ada yang jawab full, tapi tak logik plak die jawab. Korang bace eh jawapan salah sorang responden ni ...
Tempat tinggal: Kepong. 
Pengangkutan yang digunakan untuk tiba ke stesen komuter : Berjalan kaki.
Jarak antara rumah dengan stesen komuter yang anda gunakan : 25km.
Kos perjalanan: Tiada kos
Masa perjalanan: 1 jam 10 minit.
Sebab memilih 'berjalan kaki' : Lain-lain, nyatakan : Dekat. 

Okayy .. aku nak tanye la jugak kat korang, Kepong yang kat KL tu dengan stesen komuter Batu 3 tu dekat eh? Setahu aku, kene lalu MRR2 and aku selalu ikut NKVE untuk balik rumah. Jalan kaki?? gile kental gadis ni. 25 km kott nak jalan kaki. Mau kecur kaki!

hampa hampa hampa!
Ade lagi, mamat dua orang ni. Quite hensem and nampak educated. Rugged rugged gitu. Aku dah explain kot nak jawab macamane. Last-last, dieorang pi jawab semua part! Adeh .. tak paham ar .. 
Apa yang aku nak luahkan sebenarnya, bila korang diamanahkan untuk menjawab survey, tak kirelah apa-apa jenis survey pun, jawablah dengan jujur dan baik. Sebab bende tu akan memudahkan urusan researcher tu kelak bila die nak kene key in semua jawapan yang korang isi tu dalam software lain untuk run. Kalau korang bagi jawapan yang tak logik macam contoh aku bagi kat atas tu, tak reliable la resultnya nanti. Haih ..ngeluh lagi aku .. Frust sangat-sangat. Aku nak mintak, korang fahamilah perasaan dan keadaan researcher tu dan cubalah fahamkan arahan yang disediakan dalam set Q. Bukan susah pun. Pendek-pendek je, di samping tengah tak buat ape-ape masa tunggu train tu kan. 

Tu jela aku nak cakap. Sedey sangat. Tapi apa-apa pun, aku akan memperbaiki cara aku untuk next station.
Doakan kejayaan aku dan semoga urusan aku dan kalian semua dipermudahkan..
Amiin ....





-The End-

February 16, 2011

Broga Hills!

hehehe..
Went to Broga Hills during Chinese New Year! 
Baru ada masa dan mood untuk update tentang itu. Malas nak story panjang panjang, as usual, gambar-gambar berikut akan menceritakan segala kepenatan dan kegembiraan yang we went thru that day! Sedikit informasi, aku ni jaranglah sangat nak bersukan, so disebabkan terlalu excited, tak warm up ape, trus redah bukit tu. Akibatnya, satu badan sakit pada keesokkan harinya. Hahaha..padan muka. Nak pijak lantai pun argghh ..sakit noks! Tapi takpe, pengalaman yang dapat tu lebih dari segalanya! kekeke .. Penat gila okay! Siap kene tinggal lagi dengan member-member. Naik dengan budak lembik memang cani. Ahaks! Ada satu ketika tu, haha ..aku nak call my tutut suruh amek balik! wuhaaaa tak sanggup nak naik lagi. Padahal itu baru lereng lereng. 1st peak pun tak sampai lagi ...teruk betul aku nih. Tapi handphone plak dalam beg member. Hadoi .. nak nangis jer mase tu. eehehe.. Tapi perasaan mengalah itu berjaya ditepis dan aku terus melangkah! Biar lambat asal selamat! :)


Tentatif ..
Jam 345am aku bangun, siap-siapkan diri. Then tepat 430am keluar..nak kene fetch member kt Bukit Angkasa dulu. Sesampai .. lepak .. tunggu member sorang ni bersiap .. dalam 530am, setel and we gerak nuju ke Bangi, untuk fetch lagi 2 orang member. So total sume 4 orang.hehehe..


Ngam ngam sampai mejid kat Bangi, dengar orang azan Subuh. Dalam 615am gitu. So terus ready untuk solat and 2 orang member pun sampai. 630am gerak terus ke Semenyih. 730am sampai and langkah pun bermula. Jeng jeng jeng! ngee.. Let the photos do the talking.


 Just arrived!

 Baru nak naik ke lereng Broga. Not the real track yet. huhu ..

 Penat!

 View I : Before reach Peak Point I

.Lonesome.
ngee..



Nearly to reach Peak Point I.

Member-member dah sampai, aku masih terkedek-kedek. 
keekekek~

Tu, mereka :)
















\





University of Nottingham
Campus: Malaysia.
Terperuk, mesti student-student tu dah bosan dengan Broga. haha! 






oh lalang!

 Bunga lalang pun jadilah .. 
...hehe...

 Vaa! Vaa!


 Toink! Toink!

 Ngaaau!!

 Aha! Tak jadi!


 Me & Ezan!




Tatau ape nak buat dengan dia ni. ngee~


 Otw to 3rd Peak Point!
 Macam tak caye itu laluan yang we dah lalu. Woo!


 :)

 Cobaan untuk melompat!

 That is the 4th Peak Point!
[ Zoomed from 3rd Peak Point ]

Otw to 4th Peak Point 


 Hurrah!! Berjaya!


 Tepi ni, laluan ke Gunung Tok Wan. Spooky place, sebab macam tak de kesan laluan. 


 Laluan ke Gunung Tok Wan. Stop kat situ je. The rest adalah hutan semata-mata.
Bak kata member saya,'hanya Tok Wan je yang boleh lalu!
eee! takot okay!

 Chak!

 Okay, proses untuk menurun pula. Lagi takot turun dari naik.

 ....

Dah sampai kereta! Penat! :p


Hope you enjoy the pics!
-The End-