February 29, 2016

Employer Employee

Tibe-tibe rasa rindu kat kawan-kawan lama. Saje nak buat throwback ..




Jamuan Raya 
Executive of Corporate Planning & Strategies with other managers and senior execs.
ING Public Takaful Sdn. Bhd.
2012 - 2013



Photoshoot for Hari Raya 
Research Engineers and Lecturers of UNITEN, Kajang.
Institute of Research Policy & Energy  (IEPRe, UNITEN)
2011 - 2012

Emosi kuliah ..

Kuliah Pertama



There goes my morning lecture! and....

Arghh!!
Aku cakap merapu lagi dalam lecture hari ni..bersepah patah perkataan yang disebut .. Pronunciation berterabur .. cakap laju laju .. nak kejar apa pun tak tahu. Kelas jam 8pagi setiap hari Isnin buat aku gemuruh semacam. Masih mencari-cari punca ianya berlaku. 

Kaki menggeletar lembik, hati macam nak luruh sebaik sahaja kereta aku masuk ruang parkir pejabat. Belum kira nak menapak dari pejabat ke bilik kuilah! Seram sejuk dibuatnya..


Hari ni kuliah berkenaan "Equilibrium Output for Two Sector Economy". Suara menggigil. Hmm..Nafas ditarik panjang. Aku cuba untuk hilangkan gemuruh dengan bercakap mengenai e-campus. Namun, seperti yang dijangkakan .. peratus kejayaan masih tidak mencapai tahap yang diinginkan. Ini serius!

Rasa bersalah dengan mereka .. disebabkan kegemuruhanku, aku terrr"drag" lecture sampai lupa nak bagi break 5 mins .. hikhikhik ... kesian .. tepu otak nak digest input-input tersebut.

Apa-apapun, masa 1 jam setengah berjaya digunakan sebaiknya untuk melontarkan ilmu-ilmu yang sepatutnya. Harapnya budak-budak ni faham lah apa yang aku sampaikan. Perasaan lega terus dirasai bila kelas ditunda ke minggu hadapan. Ralat sebab tak dapat habiskan lecture untuk minggu ini. 

Ape-ape pun, syukur Alhamdulillah..selesai satu kuliah.

Kuliah Kedua

Lain pula perasaan yang menggamit jiwa bila kaki melangkah masuk ke bilik kuliah K101D ini. Mungkin suasana bilik kuliah itu sendiri yang membuatkan aku rasa "berhantu" dan terkesan pada emosi tika itu. Apa-apapun, ke"professional"an wajah dan gaya harus dikawal agar tidak kantoi depan mereka. 

Sesuai dengan suasana kelas yang menghambarkan, ada pula pelajar sengal yang tiba-tiba blast ketawa masa aku sedang mengajar. Tidak pasti sama ada aku sedang buat lawak atau pun tidak ..soalan tersebut ku ajukan serta merta pada mamat botak itu ... perasaan masa tu sepertinya mahu menghambur kata-kata kesat .. Emosi berdesup! Jiwa menggigil .. tapi berjaya sabar.. Ramai budak-budak lain tengah tengok ni .. cakap aku dalam hati. Sempat sound sedas dua, then aku sambung kuliah semula. 

Walaupun begitu, semestinya mood aku tidak se"stabile" tadi. Selamat habiskan kuliah 3 untuk minggu ketiga. Sebelum beredar, warning teal diberi dan harapnya tidak berulang lagi. Hmm..siksa jiwa raga nak lalui 1 jam 30 min dengan mereka ni. 

Allah, kuatkan iman aku untuk hadapi dugaan ini .. Amin...



Nota Kaki:
Skill menulis dah makin kurang. Maaf di atas segala kecacatan bahasa yang digunakan. 

-Tammat-