July 25, 2013

Life Life Life

Assalamualaikum w.b.t

Hi! Lame sungguh rasanya tidak dikemaskinikan laman ini. Erm..penuh dengan sawang-sawang..habuk-habuk di sana-sini .. tidak lupa juga kesan tahi cicak yang berwarna hitam dan putih bertebaran di atas ruang-ruang yang ada. Malasnya nak kemas .. *ngeluh sendirian*

Lokasi aku kini adalah di pejabat. Waktu sekarang sedang berkumandang azan Isyak. Ok sambung sebentar lagi ya kawan-kawan (Pause: 0844PM)

Resume: 0856PM

Ok let's continue! Erm..dah bulan July .. 4 months sudah aku berada di Kelantan. Macam-macam kejadian berlaku sepanjang 4 bulan ni. Pahit manis suka duka semua ada. Tapi rasanya banyak duka dari suka kot. Banyak faktor yang menyumbang kepada kedukaan hidup aku di sini. Antaranya, tempat tinggal dan rakan-rakan. Masih belum jumpa rakan yang sekepala samada di dalam opih mahupun luar opih. Rakan yang boleh aku bawa untuk berpeleser bersama, berjalan bersama, bergelak ketawa bersama .. kalau ada pun, erm..ada limit-limit tertentu yang harus dipatuhi. Ada yang best, tapi dah berkahwin .. so dia akan pulang ke rumah sharp 5pm untuk berjumpa sang somi yang dirindui. Haih .. susah juga hidup jauh dari keluarga dan tempat tinggal asal. erm ... macam-macam nak bercerita hal orang-orang di sini. Tapi macam malas la pulak nak menaip ..

Mari kita beralih ke topik kerja! Ya! kerja! kerja yang menimbun yang memerlukan otak untuk melaksanakannya di samping jari jemari yang tak berapa nak runcing ni. Adeh .. lepas satu--satu .. borengg..aku nak teaching je. tanak buat keje admin ni sume. boo! Aku nak ngaja .. marah-marah student .. kacau-kacau student .. bersoal jawab dgn student .. baru best! hilang stress tau kalau deal dengan student daripada deal dgn org-org dewasa yang macam pe'el ni. Sekarang musim odit. Internal dulu, itu pun macam orang gila nak prepare documentation n evidence bagai untuk diodit Isnin (29/7) depan. Aku dapat AREA 3. Masak la jugak. Antara area-area yang kritikal katenye. Penilaian Pelajar. Huk3..Nasib la UMK baru ada 7 program. Kalau tak masak la nak prepare berpuluh program macam kat Uni yang dah establish tu. Mencabar sungguh odit ni. 

Ok, topik lain plak. herm..ape ye..oh! aku ada hobi baru. Suke lepak kat opis. muahaha! bes woo..pagi kua gi keje balik kul 10pm or 11pm. Sampai rumah terus ready nak tido hadapi hari esok. Weekend pun lepak opis. Syg betul aku dekat opis aku ni. hehe..Tapi malas clock in clock out. ngee! jauh la tempat die. Nk buat thru website asyik error je. Kedekut! Anyway, aku boleh habis kan masa berjam-jam di bilik aku ni tanpa rasa bosan. Mood pulak skg ni dok gile kale pink n purple. entah nak balik pada zaman uni ke ape aku ni.semua nak pinky2 purplish color. Sebab warnanya yang lembut n sejuk mata memandang kot  buat aku decide utk deco work station aku dengan warna-warna tersebut. 

Btw, aku dah jumpa tempat menarik untuk buat facial and mengurut! Alhamdulillah .. bende2 tu sangat lah penting untuk seorang wanita pemalas nak menjaga diri secara bersungguh-sungguh seperti aku. ehem..ehem.. Seronot

Ok aku ngantuk. Bye!


-The End-