February 26, 2013

Tentatif Kehidupan Dec 2012 - Mac 2013

Assalamualaikum w.b.t

Lama sudah tidak mengemaskini blog. Ada sahaja features baru yang keluar sebaik saja aku log in laman ini. Lihat tanda x, terus aku klik di situ. Tiada masa untuk ambil tahu segala perkara baru di dalam laman ini. Aku sudah tidak sabar untuk meluahkan apa yang terbuku dalam isi hati aku. Biarpun ia mengambil masa setengah malam, aku sanggup! Oh sebenarnya tidak, aku harus menjaga mata agar tidak bertambah kepekatan lingkaran hitam yang mengelilingi mata aku yang tidak berapa nak bundar ini. 

Tidak perlu membuang masa. Terlalu banyak perkara yang aku ingin kongsikan pada kalian. Tidak pasti sekiranya sempat dihabiskan malam ni. Jika tidak, mahu berkurun kalian perlu menunggu untuk entri akan datang. Apa yang terbaik buat masa ini adalah dengan merumuskan saja apa yang berlaku pada aku sepanjang tahun baru ini.

Disember 2012

Suasana kerja seperti biasa, tetapi sedikit hambar dan kurang bebanan disebabkan proses intergrasi di antara AIA Takaful dan ING Takaful. Tiada perasaan risau melanda diri, sebaliknya sangat seronok kerana hubungan kami antara rakan sekerja semakin akrab. Syukur.

Operasi mencari kerja tetap diteruskan. Berjaya dipanggil temuduga UMK untuk jawatan pensyarah. Antara lain INTI University di Nilai untuk jawatan yang sama. Jawatan idaman sejak tahun 2008! 

Januari 2013

Selamat tahun baru! Penantian diteruskan. Suasana lebih tegang kerana masa depan pekerja ING Takaful bergantung pada pengumuman yang akan dilakukan dalam masa terdekat. Proses penilalain dijalankan ke atas kumpulan pengurusan atasan. 
Hujung bulan Januari, barisan Exco telah diumumkan dan ianya amat mendukacitakan ketua bahagian aku bekerja. Beliau diberhentikan 24 jam dan diberi waktu sehingga hujung minggu untuk menyelesaikan segala kerja yang tertunggak. Selamat tinggal ZCM, anda ketua yang paling baik pernah saya jumpa. Semoga segala urusan anda dipermudahkan oleh Allah s.w.t dunia dan akhirat. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. 
Kami hilang punca pada pagi pengumuman dibuat dan hati bercelaru memikirkan masa depan.
Petang hari yang sama pengumuman dibuat, aku terima panggilan dari UMK menyatakan bahawa aku berjaya. Berjaya apa? Aku ditawarkan jawatan Pensyarah (tetap) di sana! Alhamdulillah..syukur sgt pada Mu. Terus rasa bahagia.

Februari 2013

Tender surat perletakan jawatan pada awal minggu bulan Februari. Menikmati saat terakhir di IPTEB dan Kuala Lumpur! Aku akan merindui suasana hiruk pikuk urbanisasi Bandaraya Kuala Lumpur! 
Menghabiskan masa di pejabat sambil melayari laman web berkaitan persiapan perkahwinan. Cuba selesaikan beberapa perkara major sebelum berangkat ke Kelantan 15th Mac 2013.
Hadapi tekanan jiwa dan perasaan.
Jalankan rawatan normal facial buat pertama kalinya dalam hidup, selepas 27 tahun berlalu!
Puas hati!
MTA anjurkan Tournament Paint Ball di kalangan pengendali Takaful di Malaysia yang akan diadakan di Kemensah pada 3 Mac 2013. Aku menawarkan diri.


Mac 2013
Terus membuat persiapan perkahwinan dan persediaan untuk ke UMK.



Selamat malam!
-The End-