August 13, 2012

...

Assalamualaikum!

Yeay! Ade mood untuk berblogging ini malam. Malam yang ke-24 dalam bulan Ramadhan.
Anda terfikir apakah sebab musabab yang menyebabkan aku nak berblogging malam ni? Jeng3x

Straight to the point .. Tengah basuh pinggan tadi, tetibe teringat perihal zaman U..lebih kurang hujung semester kedua. Waktu tu aku dan so called best friend aku sibuk nak cari rumah sewa, al maklumlah nak masuk 2nd year kan, tak layak untuk menginap di asrama lagi. Cari punya cari dalam keadaan sibuk sibuk nak final tu, alhamdulillah .. dapatla rumah sewa, tapi duduk dengan dak jurusan lain. Pendek kata, semua dah diuruskan (i.e: tranportation, furniture, sewa rumah etc.)

Dalam kegembiraan dan keterujaan untuk hidup bersama kawan-kawan baru di rumah baru, nak dijadikan cerita, tibe-tibe perangai so called best friend aku ni berubah dari ceria-ceria kepada gaya dingin terhadap aku. Kurang faham mengapa, lalu aku mengadu la perihal so called best friend ni kat bf aku yang sebenarnya tak membantu langsung! Lepas dating, aku balik bilik seperti biasa and plan untuk tidor awal sambil membawa perasaan seperti takde org nak kawan dgn aku. Sedih sgt mase tu. Nak buat macamane kan .. Pejam mata dalam 15 minit, so called best friend pun pulang and tibe-tibe jadi friendly semacam and kejutkan aku untuk ajak aku berborak-borak kejap. Aku tak pk ape, sbb aku sgt rindukan waktu kami bersuka ria. so aku pn bangun jelah. We lepak kat tepi tangga blok ditemani dgn keadaan sunyi sepi (student-student dah masuk bilik masing-masing untuk mentelaah barangkali)

Perbualan kami bermula tapi aku tak ingat how do we start the conversation. Whatever pun, the key point here is that, rupenye, ada satu manusia yang baik hati telah memberi amaran pada bakal housemate baru aku tu supaya berhati-hati dengan aku bile dah duduk serumah nanti (tak perlulah aku nak mention ape kesnya ye. Cukup sekadar kalian tahu bahawa perkara yang disampaikan oleh manusia yang baik hati itu adalah tidak betul sama sekali) .. dan sampai ke hari ni aku tak tau siapakah gerangan manusia yang baik hati itu. Hidup lagikah atau sudah meninggal dunia? Opps..agak kasar di situ. Maaf .. Yang menghairankan, aku ni bukanlah sapa-sapa pun di U tu, tapi ada juga yang tau perihal kisah aku ye. Kenal pun tidak, pandai-pandai sajork nak mencanang ke sana kemari. Untuk pengetahuan kalian, bukan memuji diri sendiri tapinya untuk membetulkan keadaan sebenar.. Aku ni bukan jenis suka gedik2 tak tentu pasal. Aktif ko-kurikulum pun tidak. Kenal lecturer pun yang mana mengajar aku saja. Apatah lagi lecturer student-student lain yan tiada kene mengena. Tapi entah, tak pahamlah manusia nih. Tak boleh tengok org senang kot. Tapi untuk ambil yang positifnya, mungkin aku ni sebenarnya femes tapi aku sendiri tak sedar akan hakikat itu. hak hak hak..kecoh ar!

Sambung..
Dan disebabkan cerita yang tak berasas tu, mereka (bakal housemate aku) kononnya sebulat suara untuk kick me out dari rumah sewa tersebut sebagai langkah berhati-hati dan kawan aku yg so called best friend tu pn dah menjauhkan diri dari aku (macam tu ke kawan? baru diduga sikit, dah lari??!) Waktu-waktu genting macam ni, aku kononnya hanya ada bf yang disayangi (haik tuihh!) dan roomate aku yg sorang tu. Akan tetapi, sebenar-benarnya, orang yang boleh kekal dgn kita samada di waktu senang atau susah hanyalah keluarga kita atau to be more specific, our beloved parents. (Bf tu sume watak tambahan sekadar mahu bikin story jadi lebih gempak! padahal tak gempak pon. Semak lagi ade!) Fine, nak kick aku keluar. Bukan rumah ko sorang je yang boleh disewa. Banyak lagi yang available! duhh~

Allah  nak duga aku lagi .. 
Seminggu cuti mid semester. Dalam bilik tu, yang tinggal hanya aku and roomate sorang. Aku penuhi masa-masa cuti ku dengan siapkan assignment Business Management yang belambak di library plus ada la outing untuk dating sekali dua kala. Kesimpulan, memang tak lepak bilik sangat sepanjang cuti tu. Nak dijadikan cerita, roomate aku ni join taekwando. Makanya dia ada kelas hari sabtu dan berhajat untuk membayar yuran kelas pada hari tersebut yang mana waktu itu juga aku memang keluar ke library sejak awal pagi lagi. 
Takde angin, takde ribut..si roomate ni mengadu duit RM50 hilang. Risau bagai sampailah waktu cuti semester pun tamat. Kesemua roomate kembali pulang (sebok je) dan kes ini sampailah ke telinga mereka. Tanpa usul periksa dan dengan andaian yang  tak berapa tepat, boleh plak kata aku yg curik duit tu!! 
Ya Allah..dugaan betul. Seumur hidup aku, tak pernah ade orang tuduh aku atas tuduhan sebegitu kerna aku tahu aku tak pernah mencuri duit orang. Sepanjang berada atas talian bersama mama, aku mengadu dan terus mengadu sambil menangis teresak-esak. Buntu. Aku solat hajat dan minta pertolongan Allah agar dipermudahkan segala urusan aku dan jauhkan aku dari segala musibah ini. 

Tiga hari berlalu, Allah maha Besar .. RM50 tu telah dijumpai terselit dalam salah satu buku roomate aku itu sendiri! Dalam tempoh waktu yang sama, my so called best friend tu plak suddenly invite aku untuk join semula rumah sewa tu..After what had happened, aku tak boleh tinggal bersama orang yang tak percayakan aku lagi and I'm not so desparate untuk terima tawaran tu bulat-bulat selepas cacian & hinaan yg dorang bagi pada aku! Huh! Korang nak cut cost, go and find another housemate yang baik, boleh dipercayai. Duhh! 

In the end, aku  join rumah sewa dgn course mate aku sendiri yang jauh lebih baik dan apa yang menyeronokkan, mereka ni hidup saling tolong menolong antara satu sama lain, share everything they know, study together, suka makan, enjoy je selalu. Every night akan hinggap bilik ke bilik untuk share story together.. So happy! Alhamdulillah..hidup aku terkawal dan aman kembali.

Selesai pulak dgn kes rumah sewa dan tuduhan mencuri. Final exam pulak muncul. Ditakdirkan aku terkena gastrik buat kali pertama dalam hidup aku during my last paper 'Business Management' yang tak berapa nak manage waktu tu. 

Malam tu, aku supposed ada date dengan bf aku. But when I called him, die tak angkat and after a while die cakap die tak dpt datang. Janji untuk call aku esok. Bangun pagi, perut memulas lebih teruk dari semalam. Straight away turun ke public phone untuk call bf aku. Almost one hour standing and keep on trying (macam orang sengal pun ade dengan sakit perut tu kan..). Tak dapat. Call rumah, katanya dia takde. Call lagi tak berangkat. Bukan nak ajak jumpa pun, tapi nak mintak tolong hantarkan aku ke hospital je. Hasrat berkubur macam tu aje. Dia tak call langsung pun and malam tu aku dah lembik + so damn weak. Mase tu, my so called best friend dah tak macam dulu. We kurang bercakap dah. So bile aku sakit macam tu die tak mampu buat ape. Padahal, apa yang menyedihkan aku, beberapa minggu sebelum kejadian, dia demam dan aku volunteer untuk amekkan burger yang dibeli oleh bf kesayangannya and bawak naik utk dia. Then turun balik sambung dating bla bla bla..Whateverlah weh. Aku rasa malu ingatkan semua tu. 

Sambung balik. Then aku call parents aku. Last-last dieorg call kolej, minta hantarkan ambulans ke blok aku. Aku kene injection and terus baik. Still, mase sampai hospital Batu Buruk, aku pinjam RM0.20 dari roomate untuk call my so called bf just to inform him yang aku ade kat hospital. Baik tak aku??! (buwek!) 

Kawan-kawan, sedikit highlight sebelum aku teruskan cerita aku yang bosan nih. Dalam waktu susah dan genting macam tulah, ibu bapa kita jugalah yang tolong kita. Kepada yang gila sangat berkawan tu, ingat-ingatlah .. kawan tu semua tak kemana pun (termasuklah pakwe makwe yang hanya pentingkan keseronokkan dunia semata!). Time senang je ada rapat dgn kita. Time susah atau selekeh sikit, mulalah tinggalkan kita. Aku dah merasa semua tu. Hati-hati bila berkawan. Jangan sampai buang ibu bapa yang lahirkan kita (mujurlah aku tak sampai ke tahap itu..)
Untuk pengetahuan kalian, mereka terus gerak dari KL ke Terengganu pagi esoknya dan setia menunggu aku selesai exam. Tanpa lengahkan masa, mereka terus bawa aku pulang ke KL dan tak dapat digambarkan perasaan betapa bahagianya aku sewaktu melangkah keluar dari blok IA itu. 

Kesimpulan: Selepas 3 tahun, aku berjaya tamatkan degree aku dgn kelas kedua tertinggi (tak mampu nak naik 1st class atas sebab-sebab tak sedar diri pada awal tempoh pembelajaran). Alhamdulillah .. Nak bandingkan dengan lelain tu kan .. Aku berjaya buktikan yang aku bukan orang bodoh yang suka mencuri duit orang etc! 

Inilah pengalaman paling pahit aku lalui sepanjang 3 tahun di UMT. Sedih .. walaubagaimanapun, semuanya telah diganti dengan perasaan yang gembira ceria. Alhamdulillah ...



Nota Kaki: 
Motif aku menceritakan kisah ini bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya aku ingin menyuarakan isi hati yang terbuku selama hampir 9 tahun! Bagaimana perasaan bila kita dianiaya dan difitnah atas kesalahan yang tidak kita lakukan atau terfikir untuk melakukannya. Ya, mungkin ianya adalah kerana dosa-dosa yang pernah aku lakukan sebelumnya. Walau apa pun, kita perlu sentiasa beringat bahawa, bukan selalu kita berada di atas dan bukan juga selalu kita yang di bawah berada di bawah. Sentiasa ingat pada yang Esa. Insyaallah semuanya akan dipermudahkan..

Selamat mencari malam Lailatul Qadar dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Mohon maaf kepada para pembaca sekalian sekiranya ada yang terasa hati sepanjang penulisan aku berlangsung. Erm..aku ada satu hajat yang ingin aku laksanakan untuk raya tahun ini. Mudah-mudahan hajat aku diperkenankan. Insyaallah.


The End.