Tak de mood nak tulis. Tapi dalam kepala ni macam-macam isu yang ingin diketengahkan. macam-macam kemusykilan dan ketidakpuasan hati ingin disuarakan.
Politik .. okay, aku faham setiap individu ada pegangan masing-masing. Tapi, aku rasa setiap pegangan yang dibuat haruslah berlandaskan pada pokok pangkal matlamat sesuatu pegangan itu dibuat. Matlamat untuk membangunkan masyarakat? Matlamat untuk menghancurkan masyarakat? Matlamat yang hanya berlandaskan pemodenan semata-mata tanpa memikirkan isu rohani dan jasmani? Matlamat yang hanya demi kebahagiaan parti atau pendek kata demi diri sendiri? Kita negara Islam, harus memperjuangkan Islam yang seiring dengan pembangunan. Bukan hanya pembangunan semata-mata lalu Islam ditolak tepi. Gaya politik masa kini, macam menganggap isu Islam ini membebankan masyarakat walhal kita tahu, hanya Allah yang mampu untuk menjayakan sesuatu, bukan mereka! Manusia yang cipta undang-undang, dan manusia jugalah yang melanggar undang-undang. Pelbagai isu isu bodoh yang timbul di negara ini sebab apa? Sebab semuanya bermula dari golongan atasan. Dalangnya kebanyakkan dari atasan. Cuba kalian bayangkan, seludup dadah, sampai sekarang susah sangat nak bendung. Sebab apa? Sebab orang atas pun terlibat sama. Oi, dah tua bangka pun nak buat kerja haram ke? Tak takut bagi makan anak bini dengan sumber haram macam tu? Astaghfirullah .. Aku cakap bukan sekadar cakap kosong, ini luahan dari golongan bawahan itu sendiri. Rasuah .. orang atas, main besar2, orang bawah main kecik2 .. haih .. macamane orang kecik2 tak ikut kalau orang besar yang memberi tunjuk ajar? Isu seks. Perlu ker adakan pendidikan seks di sekolah-sekolah? Tak perlu! Untuk apa? Untuk mendedahkan lagi fungsi setiap organ tu and kesannya pada mereka? Secara tidak langsung, ianya menggalakkan lagi mereka untuk mencuba. Semua budak-budak zaman sekarang dah pandai la wey. Korang tak payah nak buat sesi pendidikan seks pun dorang boleh belajar sendiri kat youtube, kat berita-berita di TV. Kalau kerajaan bagus, boleh block website website lucah yang ada. Facebook boleh pulak nak block, kononnyer nak tingkatkan produktiviti kerja, tapi orang dok layan bende lain tu ape? Buat tindakan tak menyeluruh. Pelik lah .. meluat aku dengan agenda parti politik sekarang ni. Kesian pakcik makcik kat kampung. Diperdaya dengan wang ringgit, dengan kebendaan hanya untuk mengaut undi. haih .. lu pikirlah sendiri mana yang baik, mana yang buruk.
Kalau kita mengaggap sesuatu benda itu hak kita, maka kita akan terus dikuasai dengan hawa nafsu semata-mata. Sedangkan, tiada apa pun di dalam dunia ini yang merupakan hak milik mutlak seseorang, kecuali Allah yang Maha Esa. Cari kebahagiaan, kejayaan dan kesejahteraan bukan saja untuk di dunia, tetapi juga untuk hari Akhirat kelak. Kejayaan di dunia hanya sementara dan kepuasan maksimum tidak akan berpanjangan selagi kebahagiaan hakiki tidak dicapai. Fikir-fikirkanlah .. Kecantikan, kebendaan, kemewahan, kepandaian, kebesaran semuanya bukan hak kita!