Bila aku ada duit ...
Perkara utama yang aku akan buat adalah memberi sebahagian daripada duit aku kepada ayah & mama.
Perkara kedua yang aku akan lakukan adalah, membayar hutang-hutang dikeliling pinggang ku yang tak berapa nak ramping ni. PTPTN!! atau lebih dikenali dengan nama PTPTipu! hahaha...Bercerita tentang PTPTipu ni, beberapa minggu lepas ke bulan lepas..lupa dah, tapi yang pasti, aku ada memohon untuk menukar kadar pinjaman dari 3% kepada 1%. Selepas mengikut prosedur yang ditetapkan, aku pun menghantar permohonan tersebut melalui email. Adalah dalam dua tiga minggu selepas itu, aku cek email. Ini yang mereka balas....
"Tuan / Puan,
Tuan tidak berjaya ditawarkan pertukaran pinjaman dari (3%) kepada pembiayaan ujrah (1%). Dimaklumkan bahawa permohonan tuan tidak dapat dipertimbangkan atas sebab-sebab berikut:- Status 2 - Anda telah dikenakan tindakan penguatkuasaan/undang-undang oleh PTPTN. Sila buat semakan di laman web ptptn. Sekian terima kasih. "
Aku dah kene tindakan undang-undang la wey! kecohhhh!..Macamlah aku ni penjahat ! Padahal aku dapat suku je tau tak dari PTPTipu nih! member member sume dapat full! enjoy sane sini..tapi aku? korang tau setiap semester aku dapat berapa??! RM100! hahaha..buat lawak doh. seminggu masuk, habis terus. Bukan sebab joli ke ape, dah memang aku guna untuk keperluan harian. Nak nak aku ni kaki makan! asal ada duit, makannn je keje. Nak shopping kat Terengganu tu, mane de bende sangat. Seronot berjalan-jalan jela. Tapi masa tu tak de kereta. So tak de la enjoy berjalan sangat. Harapkan pakwe bawak pi Pantai Batu Buruk tiap tiap hari Jumaat je lah. Adehh..
Tula kisah pasal PTPTipu nih. Menyusahkan aku! Tak pasal pasal kene bayar hutang yang dah cecah bape ribu pun aku tatau. Maklumlah penganggur terhormat aku ni..heh~ Pastu yuran plak, bapak aku jugak kene topup. Bek takyah apply! Dah buruk rekod aku dalam negara ni .. kuang kuang kuang!Oh tapikan kengkawan, aku nak share sikit lah .. sepanjang 3 tahun aku berada di UMT, alhamdulillah, masalah duit tak dela kritikal sangat. Ayah mama dah ajar aku untuk tidak kuat berbelanja. Dorang bagi aku RM70 untuk 2 minggu. Korang bayangkan! Nak nak semester 4 and 5 aku bawak kereta. Dengan minyak lagi, pastu kiteorang rajin gak konvoi ke air terjun sejak akhir akhir semester tu. Ha..so boleh je sebenanyer nak hidup. Tak perlu nak duit banyak-banyak, alih alih korang belanje kat tempat tak sepatutnya. Aku pn boleh kurus dari semester ke semester sebab berjimat. kekekek .. Takdela kurus mane pon, tapi kuruslah dari dulu dulu .kikikiki~
Wokeh! Setel pasal PTPTipu, sambung balik ayat 'bila aku ada duit ...."
Perkara ketiga, aku nak mantapkan lagi kereta comel aku tuh! Nak kasi mekap lawa-lawa..Kasi orang lalu je sebelah, pasti nak toleh! hahaha..poyo gila. Tak delah..gurau je. Aku nak repair2 la ape ape yang patut kat keta comey aku tuh. Tension kott bila lalu sebelah keta lelawa kat atas jalan, nak nak same jenis. Siap bikin berkilat gitu! Tapi aku, seekor sang putih yang malap .. ngah ngah ngah! Takpe, asal boleh jalan, sampai ke destinasi dengan selamat sudah memadai. Kita harus bersyukur dengan apa yang ada. Banding dengan orang yang tak mempunyai kenderaan untuk bergerak. Tak ke susah? So, Nik Madeeha, jangan banyak songeh okay!
Perkara keempat, bila aku ada duit, aku nak upgrade diri aku! hahahaha..wanita wanita sekalian, adakah anda faham apa maksud 'upgrade diri' ini? Haa...upgrade lah.. Takkan dah berkerjaya pun korang pi keje still nak pakai baju masa pi kuliah kot? tak sanggup aku! hehehe..
Yo Yo Oo je..padahal sume dah upgrade berjabu dah, tinggal aku sorang je yang terhegeh hegeh nak naik...hahaha.. Takpe, rezeki masing masing..Ape ade hal, ye dak?
Seterusnya, perkara kelima, bila aku ada duit nanti, aku nak saving! Aku nak generate asset sebanyak yang mungkin untuk masa depan. Macam-macam boleh buat sekarang ni, (ikut pada kemampuan korang lah), cuma sanggup dengan tak sanggup je. Aku nak aktifkan kembali ASB aku. Sian, lama membeku kat tahap tu je.hehehe..Maklumlah orang tak bekerja .. ngee.. bila da ada saving, boleh la aku beli rumah ke, beli aset ke .. kan .. kita harus berfikir seperti Chinese. Apa-apa, kumpul aset dulu. Kereta bukan aset yer kengkawan..
psst! patutnya saving tu antara perkara top 3 kan ? haha..ngarut betul aku nih.
Okay sambung, perkara keenam, bila aku ada duit, aku nak realisasikan impian aku untuk memiliki bilik yang bertemakan merah kuning! hoyeah!! Gila babeng suke dengan warna merah sekarang nih! Aku dah ada idea, cuma tak de modal je skang nih! Kebetulan katil aku pon dah patah (gila ganas tido). Makanya ganti katil baru sekali untuk majlis perkahwinan aku nanti yang mana tak tahu bila akan berlangsung! muahahaha!~
Seterusnya, perkara ketujuh .. bila aku ada duit nanti, aku nak cuba support adik aku. Aku nak bagi dia epy selalu. Tapi bukan nak spiol, eh spoil kan die yer kawan-kawan, untuk bagi dia release stress belajar, dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Maklumlah, zaman sekarang ni, keluarga paling penting! Kalau rosak hubungan kekeluargaan, maka rosaklah jiwa raga individu tersebut, melainkan kalau mak bapak dia tu memang kaki mabok todi lah kan .. tu special case .ngeee~
Perkara kelapan! (alang- alang aku cukupkan sampai 10 boleh? korang larat lagi nak bace kan ? bukan rencana krisis ekonomi dunia ponn ... agagaga!) ..
Okay sambung, bila aku ada duit nanti, aku nak pikul tanggungjawab sebagai seorang kakak kedua dalam rumah ni. Aku nak bayar bil telepon rumah, bil elektrik rumah, bil air .. bil ape lagi ..segala bil bil yang perlu dibayar lah. ngeee ..insyaallah kereta, aku tak payah bayar dah. Sebab kereta comey aku tu dah habis bayar. Seronott!!
Perkara kesembilan, aku nak aktifkan semula bisnes aku yang dah berbulan bulan terbengkalai! Hahaha. ..Sadis! Nanti korang support la aku yea .. ngee .. Insyaallah aku tak jual barang mahal mahal macam orang lain .ngee~
Perkara kesepuluh! Bila aku ada duit nanti .. Aku dah tak nak bergantung pada sesiapa lagi! Aku nak tebus balik semua jasa jasa kedua ibu bapa aku, kakak aku, para pensyarah yang banyak tolong aku, dan abg! Abgla banyak fulfilled kehendak aku sepanjang tempoh aku 'sengkek' ni. Kalau tak masakan aku boleh pakai baju baru tiap tiap bulan, boleh beli kasut baru paling koman 3 bulan tu adala sekali. Yela, mane lah aku ada duit nak belanja tu sume. Student yang tegar la kononnya! Padahal pemalas nak kerja. ngah ngah ngah~
Semua angan-angan aku yang tak kosong ni, insyaallah akan aku laksanakan. Hari hari aku berdoa pada Allah agar permudahkan segala urusan hidup aku dunia, dan akhirat. Insyaallah .. Sebelum aku masuk alam baru, aku nak tunaikan tanggungjawab aku pada keluarga aku dulu. Baru boleh fikir nak berumah tangga. Sambil sambil tu, kumpul duit nak kawen jugak lah kan ..kekeke~
Insyaallah ... doakan aku yer kawan-kawan ..
-Tamat-