October 22, 2010

18 Oktober 2010

Selamat siang semuanya, sudah lama tidak bikin ini blog. Agaknya hampir setengah tahun ada kah? hermm .. abaikan.. tidak penting semua itu. Apa yang penting waktu ini adalah kekusutan yang melanda jiwa dan raga.

Dalam banyak-banyak minggu, minggu ini lah yang paling menyakitkan hati aku. Entahla .. aku rasa perkara yang terjadi ini, tidak seharusnya terjadi kalau jiwa bersih suci murni ikhlas dan menghargai sesuatu perkara yang dilakukannya. Tapi, itulah .. lain diharapkan, lain pula yang jadi.

Selepas peristiwa yang terjadi minggu ini, aku rasa seriik untuk membantu orang. Bukan tidak suka atau kedekut atau berkira, tetapi bila difikirkan tindak balas yang diterima tidak seperti yang sepatutnya, maka itulah yang menjadikan aku berlagak seperti hati batu. Geram bila terkenangkan kisah yang berlaku. Benci bila teringat gelagatnya. Marah bila terbayang wajahnya. Arggh !! Kenapala aku ni asyik terkena saja ?? Apa tiada orang lainkah untuk dikenakan? Kenapa harus aku jadi mangsamu??!! DAMN!

Aku cuma ingin berpesan di sini, jika kita memerlukan kawan, carilah kawan. Apabila sudah bertemu kawan, hargai kawan. Kawan adalah untuk waktu senang dan susah. Bila anda senang, anda akan ceritakan pada kawan. Bila anda susah, kawan juga yang anda cari. Itulah erti kawan yang sebenar. Bukan hanya terkedek-kedek datang bila waktu susah saja. Kawan bukan hanya sementara, tetapi untuk selama hayat yang ada. Kawan adalah salah satu nikmat hidup yang dikurniakan olehNya. Nikmat itu akan dirasai jika kita hayati sesuatu persahabatan bersama kawan. Kesimpulan, berkawan biar ikhlas. Hargai segala apa yang dilakukan oleh kawan walaupun anda tidak mintak jasa baiknya, walaupun anda tidak harapkan pertolongannya, walaupun anda mampu melakukannya.

Rendahkan ego, tingkatkan keikhlasan. Buangkan sifat sombong, tambahkan sikap rendah diri.
Sekian saja luahan aku pada kali ini. Insyaallah kita berjumpa lagi di ruang yang sama waktu berbeza, daa!

Nota Kaki: Sesungguhnya, aku kecewa dengan kau wahai kawan. Kecewa yang amat sangat. Namun aku ambil kisah ini sebagai iktibar buat diriku. Aku tidak perlukan kau. Aku tidak akan bersusah payah kerna kau.   Kau bukanlah segalanya buatku. Jadi, berambus!