hehe..perlu ke ceritakan hal yang sebenar??
heh..tak perlu kot..So, jangan percaya cerita aku kay.. sebab semua itu adalah rekaan semata-mata..haha~
Tapi bila difikirkan balik, hebat dan tragis juga kisah yang aku cipta tu kan? the he he~
Ohh , tapi jangan salah sangka pula, aku bukan tukang putar belit yer..Secara asasnya, aku dah belajar dari kesilapan lepas supaya tidak ceritakan perihal sebenar pada semua orang kerana ianya untuk kebaikan diriku. Hati orang lain-lain ... Tidak semua orang kita boleh percaya 100% kan??
Apa orang tanya, aku jawab.. Orang tak tanya aku senyap sajorklah..buat ape nak jaja cerita pula kan?? ngee~
Emo aku, bukan emo engkau
Tapi, gembira aku, boleh jadi gembira engkau juga~
he he he . . .
Sekian, terima kasih.
March 21, 2010
March 19, 2010
March 16, 2010
:: x y z ::
Tajuk entry tak de kene mengena dengan isinya. Entah, tak de idea nak bubuh tajuk ape..Maka itu jela yang sempat aku pikirkan..ahaks~
terlebih dahulu aku ingin meminta maaf kepada sesiapa yang pernah terluka hatinya akibat dari kelakuanku, kata-kataku mahupun tindakan aku terhadap kalian samada baru-baru ini atau lama-lama punya. Niat di hati mahu berjenaka, tapi disalah anggap pula. sorry!~
okay, motif entry kali ni aku pun tak pasti untuk ape, tapi sekadar luahan hati aku di petang Selasa.
Statement yang mudah untuk difahami kan? Aku cume pelik, bila ada orang yang tak de kene mengena dengan hidup aku, tiba-tiba nak masuk campur atau dengan kata lain nak porak poranda or nak keruhkan keadaan. Kau tak de kerja lain da ke cik?? kerja kau suke menyibuk hal orang je eh? kau suke tambah garam pada luka yang sedia ada eh?? kenapa ek?? kau sedar tak kenapa hidup kau tak berubah-ubah dan asyik dilanda masalah dan emosi tak tenteram??
lihatlah pada diri kau sendiri. kau selalu menghuru-harakan keadaan, kau selalu menambah itu dan ini kau selalu berada di tempat yang tidak sepatutnya kau berada. Maka kesannya adalah pada kehidupan kau itu sendiri. Sedar tak sedar cik???
Kau sesuka hati mempersenda dan menghina hal orang lain, padahal kau tidak tahu betapa susah dan payahnya orang itu cuba menghadapi situasi tersebut. Ya, kau boleh berbuat begitu kerana keadaan itu tidak terkena pada batang hidung kau sendiri. Kau boleh menjerit dan memekik pada orang lain sesuka hati kau kerana kau sedang berada di atas. Tunggu sajalah bila ketika kau berada di bawah. Masa itu, mungkin keadaan kau lebih teruk dan naif lagi daripada orang-orang yang pernah kau hina dan perlekehkan sebelum ini. Itulah dinamakan balasan!
Tapi takpelah..ape-ape pun yang kau buat, aku harap kau bahagia. Tapi untuk pengetahuan kau, perihal kau ini aku selalu jadikan pengajaran pada aku sendiri. Aku cuba ingatkan diriku agar tidak menjadi seperti kau. Aku juga tidak mahu bakal keturunanku mengikut spesies seperti kau. Insyaallah.. Aku berterima kasih kepada kau kerana, kau telah mengingatkan dan menyedarkan aku supaya tidak menjadi seperti kau.

"aku aku, kau kau.. aku tak kacau kau, maka kau jangan kacau aku"

March 13, 2010
:: letih lapa ngantuk malas ::
Jam menunjukkan 945pm. Aku dengan lembabnya mengambil segala buku-buku dan fail berserta beg laptop untuk dibawa masuk ke dalam. Letih betul hari ini. (hari-hari letih sebenarnye) Mana tidaknya, dari pagi aku keluar untuk mencari lokasi sebenar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Subang Jaya kerana ujian M-test aku ditempatkan di situ. Setelah itu, mamaku mengajakku untuk singgah di kilang Toshiba di Glenmarie, Shah Alam untuk membeli spare part washing machine _ Filter nya sudah rosak. Mahu ganti baru.
Jenuh kami pusing satu kawasan Glenmarie, namun tidak jumpa-jumpa kilangnya. Haishh.. Aku ade date pulak ni jam 1 tengah hari di perpustakaan utama. haa! Jangan salah sangka budak-budak sekalian, date dengan buku-buku rujukan untuk tugasan aku. Masa itukan emas. Pusing-pusing cari kilang setengah jam, masuk kilang nak order spare part lima belas minit, halaahaiiii... alih alih jam 1245 pm baru sampai rumah. Kelam kabut aku siapkan diri untuk ke campus. [asalnya plan kul 12 da gerak ke campus..nak buat macamane, kita hanya merancang, Allah yang menetukan ngee~]
Aarghhh.. aku malas aa nak sambung cite ni.. Macam bosan jer..
Oklah budak-budak semua, aku nak siapkan diri pi kelas Public Economy pulak. [adeke kelas hari Sabtu haishh~]
ohh sebelum tu, nak angkat makanan dulu di dapur.. kang hangit, rugi cafe point aku.hahaha!
nota kaki busuk : Makanan merujuk pada makanan di dalam permainan CafeWorld! ahaks.. sangat menyayangi permainan itu. Maklumlah, tak pandai masak dalam dunia realiti. Makanya, dunia maya saja lah yang boleh aku pamerkan skill memasak aku.ahaha!~ ohh dan lagi, kelas mula pukul 2pm, tapi sekarang 121pm, maka aku sengaja lengahkan waktu kerana otak penat akibat menjawab Mtest tadi dicampur pula dengan kemalasan berguni. atoiiii... lapo weyy!~ (tibe je.)
March 09, 2010
:: BARU ::
# Aku ada semangat baru!
# Niat & misi yang baru
# Perasaan lama yang telah diperbaharui
# Cita-cita lama tapi dimodify sedikit matlamatnya
# Gaya & watak baru walaupun fizikalnya lama
"Aku perlu berubah dan lebih bersemangat dalam meniti hari hariku yang sememangnya penuh dengan liku-liku. Aku yakin, dengan memperbetulkan matlamat dan niatku berserta usaha gigih, [insyallah dengan bantuan Dia], aku pasti akan berjaya mengharumkan namaku dan keluargaku. "
Bo layankan orang-orang yang riak itu!!~
March 07, 2010
:: update ::
Updating myself~
Adv. Microeconomics - Debate [ issue will be given soon ]
RA - letter A - M (except D) [31st March]
# Research Method - Draft Proposal | Proposal | Presentation [ 11th March & 18th March]
# Public Economy - Fiscal Reform | Federalism | Demographic | Socioeconomic Inequality [3rd April]
# RA - letter A - M (except D) [31st March]
March 06, 2010
:: anda baik ? dia jahat ? anda jahat ? dia baik ? ::
.kelakar.seronok .
Perasaan yang aku rasa bila baca biodata orang. yang dewasa, dengan cara dewasa. yang muda dengan cara gila-gila. yang lebih kelakar, bila yang dewasa(tua) nak buat gila-gila dan yang muda nak buat ala-ala matang gitu. Hasilnya jadi sungguh pelik. Nak-nak bila kita tahu orang demikian bukanlah seperti yang ditulis dalam biodatanya. Lawak lawak..~
Aku ade terfikir satu hal ni. Kalau dalam laman web sosial, dalam biodata, mesti ade "dislike" and "like" kan? and kte selalu describe kite tak suke orang mcm tu, orang tu mcm ni, kte suka org mcm ni, orang mcm tu, tapi kte sedar tak bahawa kte sendiri terdiri dari golongan yang kite klasifikasikan sebagai "suka" dan "tak suke" tu?? Kadang-kadang kte tak perasan, yang kte ni sombong dgn orang, kte ni riak dengan diri kite sendiri, kte ni hipokrit, kte ni suka mengata orang lain, kte ni kedekut ilmu, kite ni tak suke bergaul dengan orang, kita ni suke ckp lepas dan menyakitkan hati org lain, dan kte ni suke menumpang kesenangan orang lain dan sebaliknya. Apa yang kte tahu adalah tentang gelagat dan perangai orang lain. Tapi perangai kite?? Pernah cube kaji tentang diri sendiri? Sila cermin diri anda.
Contoh, aktiviti berkumpulan. Masing-masing pasti akan memerhatikan gelagat masing-masing. Lepas tu, penilalaian akan dibuat tanpa usul periksa. Herm..Ada juga situasi seperti "tak kenal maka tak cinta". Orang ni berkenalan dahulu sesama mereka dan baru buat keputusan samada nak "suka" atau "tak suke" orang tersebut. Herm..macam tu ke gelagat orang berkawan ?? Tak kenal pun boleh buat kesimpulan negatif, dan kenal pun boleh buat kesimpulan negatif. Dengan attitude macam ni la menyebabkan terjadinya puak puak dalam sesebuah komuniti. Tak kiralah dalam kelas ke, dalam taman perumahan ke, or di tempat kerja. Dengan attitude macam ni, mmg takkan ade yg boleh ngam smp mati melainkan adanya keikhlasan dalam menjalin persahabatan. Tidak kira lah golongan muda ke, dewasa ke, tua ke ..Sama aje .. dan tak kiralah orang tu jahat macamane sekalipun, hodoh macamana sekalipun , miskin macamana sekalipun, atau sejarah hidup die buruk dan sebagainya.
Sepatutnya, kite beri tunjuk ajar dan nasihat bila kte tahu perangai die mcm ni mcm tu. Bukannya pulau or mengata dan memburukkan orang tersebut. Kalau begitu lah cara anda, anda ni sama saja dengan orang yang buruk tu. fikirkan lah. Tak de satu manusia dalam dunia ni sempurna. Tak de! Jika anda ingat andalah yang paling berilmu di dunia, igt! ade orang lain yang lebih dari anda. Jika anda igt andalah yang paling cantik di dunia, igt! ade orang lain lebih cantik dari anda! Jika anda igt andalah yang paling kaya di dunia, igt! ade orang lain lebih kaya dari anda! jika anda igt andalah yang paling bahagia di dunia ini. igt! ada orang yg lebih bahagia dari anda! jika anda igt andalah yang paling beriman di dunia ini, igt! ada yang lebih beriman dari anda!! dan seterusnya!!~
Kesimpulan :
- jangan asyik melihat ketidaksempurnaan orang lain, sebaliknya cuba lihat ketidaksempurnaan diri kita sendiri.
- sentiasa fikir bahawa ada orang lain yang lebih susah/ senang dari kita.
- selalu bayangkan jika anda berada di tempat orang yang malang.
- ikhlas lah bila berkawan.
- jangan mengukur persahabatan melalui perangai buruk seseorang.
- jangan baik dengan seseorang bila dia boleh beri kepentingan pada kita.[ kawan biar ikhlas! dah tua2 pon perangai mcm parasit!]
- jangan perasan!!!
March 03, 2010
:: Split Personality ::
Bila kau perlukan, kau panggil kami
Bila kami tidak diperlukan, kau tolak tepi.
Bila kau gembira, kau sayang kami.
Bila kau marah, kau buat kami macam sampah.
Kau mampu buat kami berasa seperti kami tiada siapa-siapa lagi di dunia ini.
Kau hina kami dengan kata-kata kesat yang sememangnya tidak pernah lekang dari bibir kau yang gelap itu.
Kau mudah untuk beri kepercayaan kau pada kami.
Kau juga mudah untuk menarik kembali kepercayaan kau dari kami.
Kau buat keputusan tanpa mengira hati kami.
Kau pukul bila kau mahu, kau belai bila kau rasa perlu.
Kau betul kami salah.
Kau buat kami tiada pilihan dalam buat keputusan.
Kau pemurah bila kau bahagia,
Kau bakhil, bila kau gulana.
Hakikatnya, harta kebendaan yang kau utamakan
kau banyak menyusahkan aku!
Kau . . . errr ... kau sebenarnya gila!~ hahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)