January 31, 2010

:: undang-undang ::






Undang-undang tidak semestinya betul

Tapi ...

Kita MESTI mengikut undang-undang~

January 27, 2010

:: Mati ::

Harimau mati meninggalkan belang ..


Manusia mati, meninggalkan nama ..


Namun, jika manusia itu buruk dikala hidupnya, maka nama yang ditinggalkan juga buruklah di mata manusia .. 


Tidak kiralah pangkatnya, keturunannya, atau darjatnya ..

Fikir-fikirkanlah ~

January 02, 2010

:: Cerita Tahun Baru ::

Assalamualaikum semua.. hari kedua untuk tahun 2010. Untuk pengetahuan semua, sepanjang hidup aku, aku tak pernah celebrate tahun baru seperti manusia-manusia lain selalu buat. heh..Zaman sekolah dulu, terasa jugak macam ketinggalan, tapi bile dah makin dewasa ni, aku rasa aku tak rugi apa-apa pun, sebab acara sambutan tahun baru tu lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan, bergantung dengan siapa anda menyambutnya. (faham-faham jelah yer..)

Malam tahun baru tu, ayahku mengajak kami untuk ke Genting Highlands. Maklumlah, cuti sekolah pun dah nak habis, jadi apa salahnya jalan jauh sikit..heh~

Pada pagi 1 Januari 2010, kami bertolak dari Shah Alam, dan tiba di Genting pada jam 1030 pagi. Sebelum itu kami singgah di Hentian Sepah untuk bersarapan dahulu. Setelah itu, kami pun naik menuju ke Genting untuk mulakan aktiviti riadah kami yang sememangnya bakal memberikan keseronokan yang tidak terhingga!
Kami bercadang untuk bermain permainan outdoor sahaja kerana kami pasti masa yang terhad membataskan kami untuk bermain keseluruhan outdoor dan indoor games yang ada. (letih woo nak berjalan dari satu game ke satu game.)

Aku nekad, kali ini aku akan bermain game-game yang thrill sahaja kerana aku selalu tidak berpeluang untuk bermain sebelum ini kerana masa dan cuaca. Aku dengan pantasnya menuju ke Corkscrew dan beratur walaupun panjang! Aku tak kira, aku nak jugak! Tiap kali aku pegi, asyik hujan, dan mereka terpaksa memberhentikan operasi. Hampa betul~ Malangnya adikku enggan menyertai aku kerana takut!! huh..bosan gilew~ Aku pun teruskan menunggu dan menunggu seorang diri..

Tiba-tiba, ada sekumpulan remaja menegurku. "Kak, akak sorang je ke?". Aku mulanya tidak mengendahkan teguran itu kerana aku tidak menyangka akan ada orang yang menegur aku di tempat-tempat sesak sebegitu. heh~ Setelah beberapa saat, aku pun mencari-cari juga dari mana datangnya suara itu, dan aku melihat ada 3 orang remaja sedang melihat ke arah aku sambil tersenyum. Aku pun senyum dan membalas teguran itu dengan anggukan dan berkata, "ha'a sorang je". Mereka membalas,"Jomlah join kiteorang. Kiteorang ada 3 je ni. Nanti ada seat kosong, so akak ley aa dok skali." Dalam hati melonjak kegembiraan kerana akhirnya ada juga geng nak memekik melolong bila naik Corkscrew tu nanti. Aku pun potong line, dengan memanjat palang untuk menyeberangi ke tempat mereka. heh, aku tak yah tunggu lama. Wee witt!! thanx korang sebab tegur aku!!

Sepanjang kami beratur, kami borak, borak dan borak sampailah tiba giliran kami! Arghhh masa yang dinanti-nantikan! Perasaan seronok mula dirasai. Agak kecut perut jugak bila aku tengok track CorkScrew yang belok sana sini. Arghh~ dulik!! Kami pun menjerit kegirangan .. AAAAAAAAAAAAAAAA!!

Habis Corkscrew, aku berpisah dengan mereka, dan bertemu dengan adikku semula. Aku mengajak dia bermain Space Shot, tapi macam biasa, jawapan yang hampa aku terima. Ishhh..pengecut betot.

Aku pun dengan selamba beraturlah..Tunggu sorang-sorang macam tadi. Tiba-tiba, ada orang panggil aku..Macam kenal je suara.. Rupenya geng tadi! Apa lagi, aku panggil lah diaorang join sama! haha..Sporting betot mereka itu! Tunggu punya tunggu..jeng jeng jeng...Sampai sudah giliran kami!! Argghhh..takot siott!!tingggiii tuu..dengan kabus menebal, ujan renyai-renyai..Aku pulak lupa bawa sweater..Sejuk menggigil jugaklah time tu.

Aaaaaa...Tingggiiiiiiiiiiiiiiiinyeee!! Belum jatuh lagi aku dah menjeritt ketakutan bila melihat jarak kedudukan aku dan bangunan sekeliling..Arghhh..Aku rasa nak turun sekarang jugak!! Gile kecot perot, jantung nak terkeluar beb!! Bile tiba masa nak jatuh, aku jerit sekuat-kuat hati akuuuu!!! Siap rasa melayang doh..Punggung tak melekat kat kerusi lagi. Nasib baik ada penghadang keselamatan. Kalau tak, dah mati tercampak kat Kuantan kot. haha~ Gile gile..Tapi aku nak naik lagi!! Bes gile!

Lepas Space Shot, pegi main Ship pulak. Dapat geng-geng gile-gile remaja lak tuh. Siap main lawan menjerit dengan orang sebelah sana. "Boo", "C", "A" dan macam-macam lagi aa jeritan yang dorang bagi. hadoiii..terus tak takot jadinya..Cool aa korang!

Haaa..and lastly aku cakap dengan adik aku, " Saya tak kire, saya nak awak naik jugak Flying Coaster tu dengan saya". hahah !! adik aku pun dah give up sambil menjawab," ha yelah-yelah". Kami bayar RM20 dan terus queue. Tak sabar gile nak naik bende alah yang hebat tuh. Yearghh !! tiba sudah giliran kami. fOohh! fooohh! kami tanggalkan kasut takot terpelanting nanti, dan terus panjat naik benda tu. Aaaa..pusing dan pusing dan pusing. Maka tiba masanya untuk menjerit.. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Jantung berdegup kencang dan hampir-hampir nak terkeluar! (belum terkeluar lagi) Aku jerit dan terus menjerit. Sampai satu masa aku fikir, "aik kenapa adik aku kt sebelah tak jerit ek??" haha .. malu sendiri .. Aku pun senyap dan nikmati perjalanan yang hebat itu. Dalam hati aku cakap, "boleh pulak aku senyap" hahahah..bongok betol..Akhirnya perjalanan kami pun selesai.

Aku dan adik aku berjalan masuk ke dalam bangunan untuk bertemu ayah dan ibuku. Kami menceritakan pengalaman kami dan terus pulang..Aku dan adikku tidur sepanjang perjalanan ..Letih tapi gembira..

Nota Kaki : Foto tak banyak..tapi later on aku upload di sini ya!  Ow..Untuk kawan baru aku , seronot sangat dapat kenal dengan korang. Hope to see u guys again next time! muachh!!~