August 28, 2009

:: relief ::

wee~ im back!
This is my first nite I went for tarawikh..ermm..sblm ni hef to go to class..from 6-9pm..so by the time i reached home, tarawikh habis oready..plus today my mood not so good, so i think its better for me to muhasabah diri...and tadi also my best buddy ajak me to go to Guardian after tarawikh..so we went with our jubah ..muahahah! mcm baik je rase..[padahaaall....] haa rs lega dpt tengok dunia luar skejap.haha..
then makan McD, she belanje me..thank u zura! muachh!and sedikit sebanyak dpt la kurangkan kekusutan di kepale ini..and i don want to think about it!! pegii jejauhh plsss! 
and now, tgh layan member dgn lagu lagu nya..ngah3~ 
macam - macam lah ..

:: mengganas ::

erm..entah kenapa la mood aku arini..mcm bosan, tensi, marah ..
so aku change genre my melody aku kepada music lelaju gitu..sory kalu ianya tidak sedap didengar..tp itu music aku suke dikala mood tak betul cenggini..
layan kan ajela yer..btw, tu lagu2 ade yg lagu lame diubah kepada genre punk rock. sangat suke!
so, selamat berbuka semua~

August 27, 2009

:: sonOt ::

Yeay! today's topic : Hetero! 
aku faham ape prof aja tadi! sangat suke! sangat suke! 
wee witt! ni sume pengajaran dari yang lepas..tak fokus dlm kelas, lepas tu tak tau buat assignment .. smp pedih mate2 nk siapkan ... serves me right! ngah3~
So today, mangat mangat..  dan mangat lagik! maka hasilnya..pooff! aku paham! muahaha..
mode: gile skejap.[skejap je ok]
and now, I hef to get myself ready to take the mid test next week..wuhaa~ sgt takot!
Tho its open book test, but still i hef to noe where to find the formula bla3.. So that, I wont waste my time looking and searching.. and in the end, nothing to be done and salah sume my answer..waaaa..tak mo ! tak mo!
Pray for me pleasee my dear follower..keh3~ [cop! follower a.k.a fwens la kan??]
therefore, substitute "follower" with "fwen". Then u'll get, [so pray for me my dear fwens]..kekekekek~
mcm math equation pulak main substitute~ bluex!

August 26, 2009

:: pagi ::

selamat pagi semua orang~
ngee..arini after saho, kemas sume then ask my dad to install E-views ! Harus disiapkan hari ini juge!
Tomorrow hef to submit 2nd assignment to Prof. Erm..tp tatau nak buat..cane?cane?cane?
Oleh kerana aku tak tau nak buat beberapa soklan ni, maka aku pon layan blog aku sensorang ditemani nyamok yang dari tadi tak bosan2 nak kacao aku. haishh pegi laah..shibuk jew~
erm...tis week, agak bz..everyday aku kene pi campus sbb nak wat keje. blk rumah pun agak lewat..hopuly my parents faham..internet kt rumah pun satu hal lagi ni ..mcm tak bes je nk search .. kt campus jugak bes.~
aaaaaaaaa sangat ngantok!
kay la nak pi tidok sat.

August 25, 2009

:: KAYA ::

Orang kaya? kaya harta? kaya ilmu? kaya kasih sayang? kaya-raya? roti kaya? Antara semua ini, aku paling suka ROTI KAYA! ya! kerana ia adalah makanan! dan aku sangat sukakan makanan! har.. har.. har..
Kaya lawannya miskin. Ada sesiapa dalam dunia ini yang ingin hidup dalam kemiskinan? Sudah pasti jawapannya tidak. Jauh dalam sudut hati individu itu pasti ada keinginan untuk hidup senang. Dalam dunia yang semakin bersifat global, uptodate dan "mahal" ini, semua orang mahu dilihat sebagai seorang kaya, yang kaya semakin menunjukkan kekayaan mereka, manakala golongan sederhana dan miskin pula bercita-cita dan berusaha untuk mengkategorikan diri mereka sebagai seorang yang kaya dengan cara bergaya. Ini kerana pada mereka, bergaya itu kaya. 

Ada satu situasi yang aku rasa banyak berlaku dalam masyarakat muda masa kini. Bila member ajak lepak. Bes memang bes. Tapi part yang kurang bes tu bila time nak makan!! haa..masing-masing kena support pwot sendiri tapi kalau keluar dengan bf takpela..hehe~
Time ni la otak si tak de duit ni mula ligat berfikir alasan yang paling logik. Antaranya " aku tengah dietla " , " ala aku lupe aku pose rini " ataupun " alamakk...aku tertinggal purse kat rumah..ley tak pinjam wet korang dulu. t aku baya" akakaka~ Maka lepas la azab dia pada waktu itu. Suke ke hidup macam tu? ee..boley spoiled mOod untuk enjOy tau.
Pada aku, kalau tak de duit, jangan lepak. Atau lebih baik, jujur pada diri dan member bahawasanya "aku takde duit"! abis cerita. Kalau member nak gak ajak lepak, so dorang la  support kan. Masa nila nak tengok kesetiaan member-member. ahaks~
Pengajaran yang boley didapati dalam entry "kaya" aku pada kali ini adalah "hidup biarlah sederhana". Selalunya, bila kita kaya, kita akan lupa diri dan seterusnya akan membawa kepada unsur-unsur riak, takbur, tidak jujur dalam persahabatan dan sebagainya yang boley membawa kepada dosa. Cukup-cukupla dosa yang ada setakat ni..Bende yang boley kita elakkan, kita cube elakkan..Insyaallah..

August 24, 2009

:: peringatan ::

  1. Jaga tutur kata apabila bercakap 
  2. Jaga tingkah laku 
  3. Sentiasa menghormati sekiranya ingin dihormati
  4. Fahami keadaan dan situasi. 
  5. Bertanya dahulu sebelum membuat kesimpulan dan pastikan ianya dengan cara yang baik.
  6. Jaga bahasa apabila bertanya supaya tidak menimbulkan persaan kurang senang bagi kedua-dua pihak. Dengan ini, masalah pun dapat diselesaikan dengan cepat dan baik.
  7. Tunjukkan keseriusan dalam melakukan sesuatu perkara supaya dapat memperolehi kepercayaan yang pudar. 
  8. Jangan mendesak.

August 21, 2009

:: tensi ::

fooh~
due date dah semakin hampir..
tapi kerja aku satu pun tak siap lagik~
ditambah dengan masalah masalah yang bunguk-bunguk..
owhhh tidakk~
erm..lagi satu, ape masalah software E-views aku nih!!!!!??
sungguh tidak ku fahami, mengapa terjadi di kala ku memerlukanmu oi oi~
ar ar ar~
YELPP MEEE~

August 20, 2009

:: Buang Masa ::

" Buang masa "..
..itulah apa yang aku sering lakukan sejak akhir-akhir ini. Aku pun tak pasti kenapa aku asyik melakukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang lebih penting. Sedangkan aku tahu perkara-perkara yang penting harus didahulukan. haishhh..
Bila tiba due date sesuatu perkara yang perlu aku siapkan, barulah aku terhegeh-hegeh untuk menyiapkannya sehingga perkara lain terabai. Aku tidak seperti aku yang dulu. Aku pun tidak pasti sejak bila diriku berubah menjadi seorang yang sangat tidak proaktif dalam menjalankan aktiviti harianku. Adakah mungkin selepas aku "drop out " semester II di UPM tahun lalu kerana aku lebih mementingkan kerjaku yang sememangnya tidak menjamin masa depanku dan banyak merosakkan diriku?? Entahlah.. jauh dalam sudut hatiku, aku menyalahkan masa-masa itu. Tapi, aku sedar segalanya bermula dalam diriku sendiri. Tiada siapa yang boleh mengubah diri kita kalau bukan kita sendiri..kan??
p/s: rakan-rakanku yang berjaya, bantulah rakanmu ini untuk bangkit semula~ =[

:: PUASA ::

Pada Sabtu, 22hb Ogos 2009 ini akan bermulanya bulan Ramadhan di mana umat Islam akan menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Aku sekadar ingin mengingatkan diriku untuk mengawal segala tingkah laku, percakapan dan apa sahaja yang boleh mengurangkan pahala puasaku. Arghh mampukah aku??
Bulan inilah aku dapat menilai diri aku yang sebenar.. hemm..jawapan itu semua hanya ada pada diriku.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf kepada rakan-rakan yang dikenali samada yang baru ataupun yang lama atas kesilapan yang telah aku lakukan samada sengaja ataupun tidak sengaja..

Sebelum itu, bercakap mengenai MAAF, ingin aku nyatakan pandanganku. Orang yang selalu memohon kemaafan pada sesiapa sahaja tidak bermaksud kata MAAF itu terlalu murah untuk dilafazkan. Pada aku, orang yang memohon maaf adalah seorang yang mengaku kesalahan yang dilakukannya biarpun kesalahan itu diulang [sengaja atau tidak] dan itu adalah lebih baik dari orang yang ego dan sukar untuk melafazkan kata maaf walaupun semua orang tahu bahawa itu adalah silapnya. Namun itulah yang dikatakan manusia. Manusia yang tidak pernah sempurna dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Orang yang mudah memohon maaf padaku sudah cukup untuk menggambarkan keikhlasan hatinya terhadap seseorang kerana hanya orang yang sombong dan takbur serta ego sahaja yang berat hati untuk mengucapkan kata "MAAF" itu. Tidak rugi jika anda mengucapkan kata "MAAF" terhadap orang lain.

August 17, 2009

:: JANGAN ::

“Jangan menyebok hal orang lain”
..Itulah pesanan untuk diri aku dan kepada orang yg terase dirinya selalu ingin ambil tahu hal manusia manusia sekelilingnya. Aku serik untuk berkawan dengan orang yg ku anggap baik, tapi sebenarnya hanya la menjadi pemusnah dalam hidup aku sedikit demi sedikit . Niat di hati pada mulanya, ingin berkawan dan bermerepek bersama, tapi lama-kelamaan lain pula jadinya. Aku pn tidak tahu di mana silapnya sehingga segala yang berlaku menyebabkan aku yang tersepit. Walhal orang itu sedang bersenang lenang di sana dan masih meneruskan kegiatan “menyebok” itu. Haishh..
Sesungguhnya, kehidupanku bukanlah bermusuh dengan manusia-manusia lain. Keadaan yang berlaku sekarang adalah sangat bukan hidupku. Aku bukan seorang pendendam apatah lagi seorang yang suka mencari pasal. Aku sememangnya suka untuk mejalinkan persahabatan dengan sesiapa pun walaupun musuhku sendiri dan keadaan yang berlaku sekarang juga merupakan punca aku salah pilih manusia untuk berkongsi cerita. Hemmm..
Dalam keadaan ini, ada segelintir manusia yang mengambil kesempatan ke atas diriku yang lemah dan dungu ini untuk merosakkan kebahagiaan orang lain secara langsung, dan secara tidak langsung kebahagiaanku sendiri. Aku berharap agar aku dijauhkan dari orang sebegitu selepas ini. Aku juga ingin memohon maaf kepada yang pernah aku sakiti. Sesungguhnya, apa yang berlaku adalah di luar kawalan ku.
Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini, dan aku juga ingin mengingati kamu! ya KAMU!! kamu juga tidak sempurna . Maka jangan anggap segala yang berlaku akan mengikut seperti kemahuanmu. Jangan fikir kamu tidak pernah melakukan kesalahan terhadap orang lain. Jangan kamu fikir kamu betul semuanya. Jangan kamu fikir kamu boleh menentukan hala tuju perjalanan hidup seseorang. JANGAN!!